Wednesday, August 27, 2008

Balik kampung pulang ke kebun daaa..


Semalam kepenatan utk majlis kenduri..la ni..Walaupun penat ya rabi akak gigih kan badan nie balik kg pergi kebun ambil buah...ooo tak tahan siot kena gigit kerengge ..mak kata nie rambutan namanya "rambutan sekolah"...sedap walaupun rupanya kecil..tapi manis...peh ..abah dan husband akak pun kena..abah tukang panjat dan tebang dahan..kita org berdua tukang kutip buah..sambil petik buah..kita berdua di serang dek kerengge biasalah org dok opis sesekali masuk kebun ha..ambil ko kena serang..


Kita org gi ambil buah rambutan dulu,dah habis tu gi ambil buah manggis dan ambil duku..tapi duku nie baru nak belajar masak..mungkin bulan puasa boleh petik kesemua..akak siap menikmati buah duku atas pokok...hee..hee.lepas gian dah lama tak memanjat pokok.Buah manggis susah nak ambil sebab tinggi sangat..ambil sikit je lagi pun buah dah penghujung...kalau kita org tak ambil...buah busuk kat pokok je..saudara mara akak dah tak heran ,buah2x nie..Yg paling best petik buah pulasan..kat sebelah rumah nenek saudara akak..seronok tak yah panjat2x..tapi buahnya pun dah penghujung..kita org balik kg pun kebetulan tengah musim buah..tapi kg akak tak de durian..pernah juga nenek tanam pokok durian ..akhirnya tok nyuk dan tok lem yg makan...sampai kesudah pokok tu tak beso..ok tulah kisahnya..



Majlis kenduri aqiqah & kenduri arwah

Pada 22.08.08 upacara menyediakan bahan2x utk memasak..
Persiapan menyiapkan juadah sebelum majlis aqiqah dan kenduri arwah bermula..berkerja keras kami sekeluarga untuk memasak,bagi menyiapkan Nasi briyani ,kambing masak briyani, ayam goreng berempah acar timun dan dalca..dari malam hingga keesokan pagi memasak..yg paling busy ayahanda lah..tukang masaknya..akak kerjanya memotong bawang+sayur+menyiapkan acar timun..memotong tak habis2x....


Ini pula acara membungkus telur pindang ..biasa le org Johor..Telur pindang ni dah macam acara wajib kalau setiap kali kenduri kalau tak de telur pindang tak sah le gamaknya...Telur nie Ibunda yg memasak ..

Majlis bermula pada hari sabtu 23.08.08..selepas waktu Zohor lebih kurang pukul 2.00 ptg..di mulakan dgn marhaban dan tahlil oleh kumpulan lelaki.Acara potong jambul dimulakan..


Pada pukul 4.30 ptg pula bacaan yasin dan marhaban oleh kumpulan wanita..Upacara potong jambul sekali lagi..Utk baby Nia..



Nie dia wajah2x kepenatan kami sekeluarga setelah selesai kesemuanya..barulah senang nak makan..lapar siot..dok asyik menjamu makanan utk tetamu yg hadir..



Ini lah wajah baby Nia sebelum dan selepas rambutnya di botakkan...tak pel ah..lepas kena potong rambut terus diam..ringgan rasanya kepala kan...sejuk je kepala tu ...