Friday, April 10, 2009

Baju2x tempahan DZC

Kebaya asli untuk Almas, kain kipas depan batik jawa..menggunakan kain shiffon utk baju

Kebaya Kota Bahru untuk cik Aida..nie regular customer..kain songket.Fesyen kain kipas belakang..manis gitu


Blause leher congsam untuk jiran sebelah rumah(K.Lily).simple nice..di menggunakan kain sutera.

Thursday, April 9, 2009

Busana..sentuhan DZC..

BUSANA BAJU KURUNG SULAMAN MANIK KRISTAL......

Busana jahitan sulaman manik kristal ..baju nie lah yg di peragakan pada malam FTimdc tu..ini merupakan baju kurung berlaining penuh..dan juga sentuhan jari jemari akak yg pertama pernah akak buat..terlalu peribadi ..wah..ayat..tak hinggat..haa3x tak pelah siapa lagi nak cakap cam gitu..ya tak?emmmm sungguh berat nak jahit baju nie..tapi akak tetap seronok..tiap2x hari mesti jahit walau pun senkuntum bunga..Walau pun tak colourfull.. mari lah cuci mata di sini...

Bahagian tangan dan leher close up..Bagi sesiapa yg berminat untuk mengunakan khidmat akak bolehlah menghubungi Hp 019-2230767.Akak juga boleh dtg ke rumah utk mengambil tempahan..sekurang2xnya 2 pasang. Kawasan sekitar perumahan akak..iaitu Bdr Tun Hussein Onn, Cheras Perdana dan kawasan yg sewaktu dgn nya..

Kategori Panorama

Panorama rimba...gambar nie di jahit mengunakan kain baldu..kemudian di jahit mengunakan manik,labuci ,kristal dan sulaman benang.Tahap kesabaran memang kena tinggi..kerana kain baldu nie tebal dan keras bila menjahit mengunakan benang keadaan kain betul2x tegang kalau tidak kain akan mengecut.. lebih kurang sebulan lebih menyiapkannya.gambar nie belum siap sepenuhnya..



Gambar selepas di buat bingkai..kira ok lah ..gambar ada matahari tu last touch request dari anak lelaki no 2 saya..Buat pengetahuan anda semua gambar nie merupakan jahitan yg mengunakan manik,kristal,labuci dan sulaman benang pertama saya dan paling saya sayang...Saya sendiri pun tak percaya bahawa saya boleh jahit sehingga siap sempurna.Sekarang ni Pihak FTimdc yg simpan..kalau dapat balik akan ku bingkaikan cantik2x dan gantung di dinding rumah sebagai kenangan.

Malam FTIMDC part 2

Para pemenang tempat 1- Ain 2- Intan 3- Bahayu kalau tak silap lah..Tahniah rasa bangga anak melayu boleh maju setanding bangsa asing,dengan rekaan yg menarik.
Tahniah kepada para pemenang dan seramai 23 perserta yg mengambil bahagian pada malam tersebut.Baju akak adalah pembuka tirai pada malam tersebut..terkejut gitu..tak sempat nak ambil gambar dekat coz tempat duduk akak hujung sekali sebelah tepi..apa lagi berlari mengejar model gambar kurang memuaskan..asalkan ada kenangan

Ini diantara hadiah yg akak dapat...Cantik Piala tu suka sangat

Malam FTIMDC part 1




Pada 4/4/09 bertempat di Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang.Malam yg yg sungguh bermakna bagi penminat sulaman manik kristal di anjurkan oleh FTimdc yg diasaskan Puan Rosita Jaafar telah berlangsung di sana..buat pengetahuan anda sekelian akak masuk 2 kategori..1) Kategori busana 2) Kategori Panorama...Suami yg beria-ia memberi sokongan untuk turut serta mengambil bahagian..pada mulanya saja nak join dinner je..dah alang2x..apa lagi cuba le nasib..2 hari sebelum tu..akak demam you ...alahmak..demam panas dan badan bisa2x..batuk dan selsema..aduuu..dugaan..apa lagi telan le ubat tak henti2x..nak gi sangat..tapi berbaloi...Akak berbangga sangat dpt suami yg banyak bersabar dengan kerenah akak nie..hee3x Dialah yg banyak bagi support pada bidang yg akak ceburi nie...terutama fesyen..TQ Hubby..
Wah!!! suka2x tak sangka usaha selama ini..Dapat hadiah Piala,sijil peryertaan, tiket 2D 1N ke Pangkor Golden Beach hotel & resort....Apa pun Allahamdullilah..Next time kalau ada peluang akan ku beri tumpuan pada Busana.. Percubaan pertama..Tak ketinggalan salam perkenalan buat k.nora manik,eja dan umi pepari..diharap perkenalan nie dapat kita bertukar2x idea...perserta yg lain dapat berkenalan dari jauh je..masing2x nak balik cepat..Selamat berjumpa lagi di lain masa..






Manik roses

Baju kurung ready made customer request to make over...tak dapat buat vogue coz dia hantar dah lambat..kebetulan banyak tempahan baju2x kena siapkan..tapi menarik juga..harap2x empunya diri berpuashati..


Bahagian tangan..tak boleh sarat sangat..ni baju tokey kat cafe office..

Manik reben


Baju kurung pahang, bahagian leher sampai ke perutdi jahit manik dan di campur dengan bunga reben percubaan yg baru..customer nie memang sukakan fesyen pelik..


Ini pula bahagian tangan dan dibawah bahagian leher close up..






Kebaya lace & kain sulam tampal


Salam semua...dah lama sungguh tak update rumah..bersawang rasanya..eemm maaf lah ya.. byk kerja nak di selesaikan memandangkan bulan 3 tu..banyak tempahan sempena cuti sekolah..dan tak ketinggalan menyiapkan project contest...Wah..bertungkus lumus menyiapkan tempahan pakaian dan manik.Allahamdullilah semuanya siap pada masanya.. kat sini gambar2x hasil sentuhan akak..Ini baju kebaya lace untuk weeding.


Kain train namanya..bahagian belakang dan lace bunga tampal dan dijahit bersama manik dan labuci.