Thursday, December 31, 2009

New hobby

Pincushionchocolate flower



Kekadang bila boring melanda uuuhhh..tak terkata masalasnya..tapi kes akak nie lain sikit..bila dah boring menjahit,tertiba nak cari hobi baru..apa tak nak nya kat office ada je org suruh jadi "bidan terjun" buat gubahan hantaran.Wah..akak memang suka wat keja cam gini..hee..
Pastu..tengok pincushion kat rumah tu alah mak dah uzur,search kat internet ada pattern cam nie..apa lagi cari perca2x kain terus buat..wah..best


Wednesday, December 30, 2009

Koleksi Batu Kristal




Baju Kurung moden Aida
Baju kurung Pahang Ayu

Baju kurung moden(Aida)..Bahagian leher dan tangan dijahit manik + kristal.Baju kurung Pahang pula utk Ayu dijahit bahagian tangan.Kita nie ambil tempahan jahit baju so nak jahit manik cecantik tak dapat tumpuan sepenuhnya ,biasalah nak raya tempahan bersusun2x..Buat mana yg terdaya dan yg terlintas kat kepala jer..Gambar2x baju nie tempahan dari customer masa hari raya.Lambat nak post coz ari tu CPU kita masuk hospital,nasib baik gambar tak hilang.La nie baru jumpa..Lega rasanya layan je le..

Wednesday, December 23, 2009

Lampu mudah alih

Lampu ini sangat berguna..ianya mengunakan kuasa elektrik..senang dibawa ke mana sahaja..kerana permukaan bawahnya mengunakan magnet untuk berdiri hanya letakkan di kawasan permukaan besi dan ianya mudah dilentur bahagian leher lampu tersebut..tidak memerlukan skru untuk menggantung.
Bagi org seperti saya yg ambil kerja part time menjahit( menjahit waktu malam) dan memerlukan cahaya yg lebih,ianya sangat berguna kerana sebelum nie saya mencari lampu yg sesuai utk diletakkan di mesin jahit tepi semuanya memerlukan kos yg mahal serta merumitkan lagi kerja utk mengantung.
Bagi sesiap yg berminat utk membeli lampu nie harganya rm 57 tidak temasuk kos penghantaran atau email dzai.creative@gmail.com .Cubalah .."belum cuba belum tahu"

Tudung..DZCreative


Tudung home made DZ CREATIVE..Wah..maju setapak..memandangkan sekarang nie trend org mengejar masa..so terlintas di kepala untuk membuat tudung yg serba ringkas ,selesa serta menutup aurat..itu yg pasti..hee3x
Fashion tudung nie yg istimewa adalah bahagian awning yg panjang melepasi telinga (ke bawah)dan menutupi dada..ianya berbentuk lebah..hanya pakai dan boleh dipusing sama ada bahagian kanan atau kira serta boleh di bentuk seperti scallop dan boleh letak brouch atau tidak..ikut suka
si pemakai.
Tudung sekolah pun ada bagi murid2x yg baru berjinak mengunakan tudung ianya selesa dan tak perlu di gosok utk waktu2x emergency. Ada saiz S labuh 22 inci (depan) 26 inci belakang dan saiz M 26 inci depan 31 inci belakang .Bagi sesiapa yg berminat boleh menghubungi saya terus HP 019-2230767 serta email dzai.creative@gmail.com






Tuesday, December 15, 2009

Mee Udang Kamunting



Mee udang Kamunting Perak..mula2x nak makan mee udang kat Penang tapi tak sempat pastu otw balik singgah ke kamunting cari mee udang ..sedap kah?Sampai je jam kul 2.30ptg dia org kata kedai ni buka kul 3.00ptg tapi kita orang kira nekad je,syukur ada rezeki kan..Apa lagi order le mee udang,mee gulung,mee goreng banjir..(udang banyak).Pastu perkena pisang goreng..sebelum balik siap bungkus bawa balik KL..best..harga pun tak mahal 1 pinggan mee udang tu RM 6.00.Udangnya tak hinggat banyak.Kedai nie bersebelahan dgn bengkel besi,berdekatan dengan Kem Tahanan ISA.Senang je nak ke sana..kita org yg tak pernah ke sana pun boleh sampai ..Allahamdulilah tak sesat..

Make over



New colletion from DZCreative..

Make over baju2x customer..Allahamdullilah tahun nie tak henti2x terima tempahan..bersyukur tak terhingga..cuma kesihatan badan yg tak mengizinkan tapi baju2x tempahan harus jua ku siapkan.Ingatkan nak relax lepas Hari raya puasa..rupanya terus ke raya haji pastu di tambah pulak tempahan tuk baju2x sekolah..Syukur rezeki dariNYA.Lepas nie kena bykkan cari idea baru..Ok Layan je gambar2x nie



Baju nikah utk Raja sehari




Baju kurung moden ni di buat khas utk Farhana..akak jahit baju nie utk majlis akad nikah pada 12.12.09.Peh..cantik tarikh tu kan..dia pun dah selamat menjadi isteri orang uuuhh..dengan penuh harapan agar dia berpuas hati design nie, sememangnya belum pernah akak cuba kat mana2x baju customer pun..baju sendiri pun tak pernah..Akak bersyukur sesangat coz dapat menyiapkan sepasang baju kurung moden nie..Full Laining tau.Idea nie dapat dari balqis ehh.. takut siot..buat baju pengantin siap penuh manik gitu..ok layan..