Friday, September 10, 2010

Sulam benang cincang DZ Collection






Selamat Hari Raya...lega rasanya segala baju2x customer dah selesai.Lama sungguh tak update, dok melayan jahitan yg banyak huhuhuuu...Allahamdulilah.
Ini adalah koleksi terbaru Dz Colletion, ada customer yg hantar semata2x untuk di buat sulam (make over) baju2x lama berwajah baru.Ini diantara jahitan sampingan akak selain menjahit baju & jahit manik.Marilah menjamu mata..hee3 x

Wednesday, June 9, 2010

Lace cotton

Bahagian tangan




Bahagian leher dan tangan



Ini second baju utk k.ayu gabungan lace dan manik serta ditambah batu2x..utk menaikan lagi seri baju si pemakai..dia still nak menampak baju nie kelihatan hijau..hijau ker?ahaaa...ni dah terbaik usaha dari akak utk si dia..uuu.layan

Tuesday, June 8, 2010

Bunga merak


Make over lagi baju kurung untuk bahagian tangan pulaks..Jenuh juga nak memadankan warna coz customer need this baju look green..janji customer puas hati,Puas hati ker?hee3x entahlah harap2x cam tu lah..pusing kanan pusing kiri..Allhamdullilah akhirnya akak berrrrr jaaayaaa... Ok kepada peminat manik..jomm layan...

Saturday, May 22, 2010

Sweet candy flowers...




Baju yg ke 3...Sweet Candy flower katanya,apa macam ok tak nama manik nie..hee3x akak nie bukannya pandai nak melabelkan setiap corak yg dihasilkan,kekawan kata warnanya cam candy,ya ker?eemmm..tak pelah asalkan cantik dimata dan juga dihati customer ni.Ok tak le tulis panjang ada 2 lagi baju yg perlu di siapkan..Layan....


Thursday, May 20, 2010

Bunga bintang




Manik bunga bintang,ini adalah baju yg ke 2 yg di make over..akhirnya siap juga tak tau le cam le terbayang nak wat bunga nie..lagi pun warna nak di padankan amatlah susah..berapa kali bukak berapa kali jahit daaa...Pada mulanya nak jahit highlight pada badan baju..tapi rasa cam tak le nak masuk warnanya .Harap2x customer ni sukalah ..ok mari menjamu mata..

Saturday, May 1, 2010

Bunga kristal & highlight



Baju kurung biasa di jahit manik pada bahagian tangan dan badan baju.Warna pada corak badan baju agak kusam jadi utk menyerlahkan lagi saya jahit highlight pada setiap bunganya.Baju ni kain cotton jadi memudahkan lagi kerja menjahit,ada 4 pasang lagi baju customer nie nak di make over.. ok selamat menjamu mata..

Sunday, April 4, 2010

Majlis pertandingan sulaman manik kristal 2010



Majlis pertandiangan sulaman manik kristal 2010 kali ke dua telah diadakan pada 3.4.10.Majlis tambah berseri dengan kehadiran pengantin baru pada hari itu.Memang satu kelainan pertandingan ni diadakan bagi menaikan lagi martaba kaum hawa,yg boleh menjana pendapatan sehinga 4 angka.Sekarang nie sudah sememangnya menjadi 1 trend,kalau baju tak de manik macam tak lengkap jer.biasa lah wanita nak yg cantik dan menarik bila di pandang .
Pada hari tu seramai 55 peserta yg menunjukkan bakat masing2x dalam seni sulaman manik.Kemudian seramai 21 peserta lagi yg layak utk kepusingan separuh akhir.Tak sangkat sekali lagi akak di calonkan lagi bagi top 7, bersyukur sangat walaupun x berjaya..tak pe akak akan terus berusaha lagi.Pada hari tu ramai juga dapat beramah mesra sesama BFC.seronok sakan.Bedebar2x naik pentas bersama model..dah macam project runway pulak he3x.Syabas sekali lagi buat FTIM dan RJ di atas usahanya selama ini.

Tuesday, February 9, 2010

Manik debunga..

Bahagian tangan

Baju kurung pahang laining + tangan kaf buat cik Ayu..akak buat baju nie secepat mungkin. coz nak ke Kuantan..sebelum gi Kuantan jahit baju dulu..pastu balik Kuantan jahit manik pulak..hee3x pening jugak nak buat design cam ne..tapi jadi juga buat bunga nie..Allahamdulilah siap jugak..wah lega..
Manik Debunga haa3x..layan jer tajuk manik nie..Cergas buat baju nie dlm masa singkat.Pas nie nak siapkan baju "Flower girl" pulak..ok tak le cerita panjang2x banyak baju nak siapkan.daaaa.

Wednesday, January 27, 2010

Lanjutan Tudung Sekolah

Saiz L
Saiz M


Saiz S


Tudung sekolah..memandangkan ramai yg menanya cam ne rupa tudung nie dan kain jenis apa?
Saiz tudung nie terbahagi kepada 3 jenis saiz.Ianya di perbuat dari kain lycra cam tudung yg jual kat araini,ia tidak nipis sangat selesa dan mudah diuruskan.

Saiz S-Bahagian muka lebih kecil dan pendek sesuai utk kanak dari umur 5 tahun-darjah 2(bergantung pada muka kanak2x kalau kurus darjah 3 pun boleh pakai)


Saiz M-Bahagian muka besar sikit dari saiz S lebih kurang 1/2 inci.Lebih labuh dari saiz S.Sila lihat model ini.
Saiz L-Bahagian muka sama dgn saiz M .Lebih labuh dari saiz M.Sila lihat model ini.
Harga-Saiz S -Rm 25.00 (termasuk penghantaran)
Saiz M/L Rm-35 (termasuk penghantaran)
Kini Tudung Sekolah boleh didapati di Kawasan Cheras,KL.Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019-2230767 atau email:dzai.creative@gmail.com

Crumble lelalang


Baju kurung bertatahkan manik crumble lelalang.. wah.apakah tajuknya nie?eeemmm..entahlah,nama tak penting asalkan cantik.hee3x suka sangat tengok warna baju nie.Jangan marah colour favourite akak "blue"...Baju kurung manik nie utk saudara cik ayu.Lepas tu manik nie di jahit dibahagian tangan.ok lah layan..jer..Nak sambung next manik. tungguuu.....